Salam,
Cuma sedikit yang nak diketengahkan buat kali ini. Ramai yang sudah maklum dan banyak initiatif positif yang cuba untuk mengumpul info dan memasarkan kambing tempatan untuk sembelihan atau daging.
Secara ringkas, bekalan kambing tempatan memang masih tidak dapat "ngam" dari segi kuantiti, spesifikasi dan harga. Setelah beberapa pihak berpusing2 cari info ... pi mai pi mai ... tang tu juga faktanya. Fikir2 dan renungkan bersama ... nak tau jawapan?? anda kena menternak dulu setahun dua ... :)
Sementara mereka duk pikir2 tu ... kita sebagai penternak kecil janganlah menunggu dan menaruh harapan sahaja ... teruskan "berniaga" kambing.
Dikesempatan ini ... kami pun nak umumkan bekalan kambing yang baru sampai pagi ni ... hehehe ... sila lah pilih kambing yang "ngam" untuk anda di kandang kami ni ya ...
-- Dah lama ku tunggu stok saiz sebegini ... akhirnya sampai juga ... range 35kg - 60kg.
9 Dec 2009
Dilema bekalan kambing tempatan ...
Posted by d_baraqah@yahoo.com at Wednesday, December 09, 2009 0 comments
22 Nov 2009
JUALAN MENJELANG EID ADHA ...
Salam para penternak, peniaga kambing dan sahabat semua,
Alhamdulillah, shipment ketiga bulan ni yang dibawa ke Johor selamat tiba pagi ni. Macam2 rintangan yang dihadapi ....huhuhu.
Silalah datang ke kandang untuk mendapatkan stok biri2 dan feral. Stok ready, tak payah tunggu2 kapal terbang bila nak landing dan berangan2 lagi ...
Bila kambing sampai, kami inform, tuan2 cuma datang, pilih yang mana suka, bayar dan bawa balik ... :) mudah urusan ... InsyaAllah.
Untuk belian bulk selepas raya nanti, kami juga sedia untuk arrange belian di KLIA macam biasa ... untuk harga yang lebih murah.
Posted by d_baraqah@yahoo.com at Sunday, November 22, 2009 0 comments
9 Nov 2009
MARI MARI, BIRI BIRI ...
Salam,
Stok biri 7hb. dah masuk dan juga dah diedarkan. Alhamdulillah, spek seperti yang dijangkakan.
Baki tinggal skit untuk kami simpan jualan runcit.
Akan datang lagi stok biri2 pada 15hb ni InsyaAllah. Sila booking kalau minat ya ... Spek dan harga seperti berikut:
Berat : 35kg - 45kg
Ex KLIA : RM490/ekor (min. 30e)
Ex Farm Pontian : RM510/ekor (min. 5e)
Terima Kasih.
Posted by d_baraqah@yahoo.com at Monday, November 09, 2009 0 comments
16 Oct 2009
Biri-biri akikah / korban kembali ...
Salam,
Untuk memenuhi permintaan yang sudah sekian lama tertunda ... kami akan bawa BIRI-BIRI untuk sembelihan akikah / korban minggu hadapan.
Average 40kgs ... Nak yang 50kgs pun InsyaAllah ada.
Kepada peminat2 biri2 yang sudah dalam waiting list tu ... segera pilih bila stok sampai, sebab agak terhad. Seperti biasa kami akan sms untuk maklumat lanjut.
Posted by d_baraqah@yahoo.com at Friday, October 16, 2009 0 comments
18 Sep 2009
Menjelang Aidil Fitri ...
Salam kepada semua rakan2,
Kami nak ambil kesempatan awal mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan minta maaf atas segala kesilapan bahasa atau kelakuan ...
Lepas ni nak balik kampung ... dan tak sempat dah nak update blog ... tu yang bagi ucapan awal ... hehehe ...
Disamping itu, bagi peniaga kambing sembelihan bersiap sedialah dengan stok anda. Hubungi kami segera macam biasa ya ... terima kasih.
Posted by d_baraqah@yahoo.com at Friday, September 18, 2009 0 comments
PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...
d_baraqah@yahoo.com
